Smihjb | Hari Keluarga Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru 2026

Alhamdulillah, Hari Keluarga Guru Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 2 Mei 2026 bertempat di Lotus Seaview Beach Resort. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 190 orang peserta yang terdiri daripada 67 orang guru beserta pasangan dan anak-anak.

Program ini dianjurkan bertujuan mengeratkan ukhuwah di kalangan warga guru dan keluarga dalam suasana santai.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat berjemaah dan taaruf. Manakala perkongsian tazkirah oleh ust Azmen berjalan dalam suasana agak meriah dengan gelagat anak-anak kecil yang ceria dan teruja berjumpa rakan-rakan.

Peserta tiba seawal 3.00 petang hari Jumaat dengan aktivitis bebas bersama keluarga untuk menikmati keindahan pemandangan laut di sekitar resort. Anak-anak dan ibu bapa turut meluangkan masa bersama melalui aktiviti santai di pantai dan kolam renang. Gelak tawa dan keceriaan anak-anak jelas terpancar sepanjang aktiviti berlangsung.

Hari kedua program pula diisi dengan pelbagai aktiviti berkumpulan melibatkan peserta dewasa dan kanak-kanak. Aktiviti yang dijalankan berjaya memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan ukhuwah antara guru-guru serta ahli keluarga masing-masing. Sambutan yang diberikan oleh peserta amat menggalakkan dan penuh semangat.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, Seri Juli Emas Wati. Dalam majlis tersebut, hadiah kepada kumpulan yang memenangi pertandingan telah disampaikan di samping pemberian cenderamata kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen yang diberikan.

Diharapkan program Hari Keluarga Guru 2026 ini berjaya mencapai objektif penganjurannya untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah sesama warga sekolah dan meninggalkan memori manis.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda