Pada tarikh 31 Disember 2024 berakhirnya debaran bagi calon-calon SPM yang telah melalui Ujian Mendengar Bahasa Melayu dengan jayanya. Seramai 150 orang calon telah menduduki ujian ini, yang berlangsung di dua dewan utama Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, iaitu Di Dewan Khandak dan Dewan Qadisiah.
Pelaksanaan Ujian
Ujian bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi. Calon hadir seawal jam 7.30 pagi . Pada jam 8.30 pagi, murid-murid mula berkumpul di Dataran Hidayah dan bacaan doa dibaca oleh adik Aqmar Irfan bin Mohammed Ackmal dari kelas 5 Iltizam yang merupakan Ketua Subjek Bahasa Melayu. Pada jam 8.40 pagi, calon diarahkan naik ke dewan peperiksaan untuk sesi taklimat oleh pengawas peperiksaan.
Pihak sekolah telah menjalankan Uji Lari rakaman audio bagi memastikan peralatan audio seperti pembesar suara dan pemain cakera padat berfungsi dengan baik sebelum ujian bermula. Guru bertugas juga memantau tahap kebolehjelasan audio di semua sudut dewan bagi memastikan calon dapat mendengar rakaman tanpa gangguan.
Kehadiran murid secara keseluruhan adalah sebanyak 100%.
Ujian berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.
Soalan yang diberikan adalah sesuai dengan aras kemampuan calon. Rakaman jelas dan menggunakan bahasa standard yang mudah difahami. Berdasarkan pemerhatian guru-guru panitia, majoriti calon berjaya memahami isi kandungan rakaman dengan baik setelah Latihan intensif dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian.
Penutup
Ujian Mendengar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, prestasi calon dalam ujian ini dijangka dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Semoga calon Batch Nexus SPM 2024 dikurniakan kejayaan
yang cemerlang.
Aminn.
Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Islam Hidayah,
Johor Bahru.