Pada hari ini bertarikh 10 Januari 2024 hari Jumaat bertempat di Masjid an-Nur, seramai 150 pelajar Tingkatan 2 dgn pemantauan 9 orang guru telah menjalankan satu aktiviti khidmat masyarakat atau dikenali sebagai KHIDMAS dengan kerjasama beberapa ahli jawatankuasa masjid dan beberapa orang penduduk kampung turut serta menjayakannya. Objektif program ini antaranya adalah meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan membantu masyarakat juga
memupuk semangat kerjasama antara pelajar, guru, ahli kariah masjid dan penduduk setempat.
Selain itu, memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang tenaga kepada komuniti. Aktiviti yang dapat dijalankan seperti gotong-royong membersihkan ruang solat, tempat wuduk, tandas, dapur dan kawasan sekitar masjid.
Hasilnya, pelajar memahami tanggungjawab sosial mereka terhadap komuniti dan menjadikan kawasan masjid menjadi lebih bersih dan terurus. Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan mendapat maklum balas positif daripada semua pihak. Semoga aktiviti seperti ini terus dapat dijalankan untuk memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar.




