SMIHJB | PROGRAM MUKHAYYAM TINGKATAN 4

Tarikh: 1 – 3 Julai 2026
Tempat: D’Bemban Camp & Eco Resort, Kulai
Penyertaan:
162 orang pelajar Tingkatan 4
12 orang fasilitator Tingkatan 4
13 orang guru pengiring

Program Mukhayyam Tingkatan 4 yang dijalankan telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Wahai pemimpin muda yang sedang ditempa,
di sini lahirnya jiwa yang cekal dan setia,
memimpin tidak bersandar pada pangkat dan namanya,
tetapi pada amanah, akhlak dan taqwa.

Melangkahlah wahai pewaris ummah Sang Khalifah,
dengan hikmah memimpin setiap langkah,
jadilah qudwah dalam setiap amanahmu,
agar kepimpinanmu membawa keberkatan.

Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya dalam membentuk barisan pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti, berdisiplin serta mampu memimpin diri dan orang lain dengan penuh tanggungjawab. Diharapkan nilai kepimpinan, semangat kerja berpasukan, komunikasi berkesan dan jati diri yang diterapkan sepanjang program terus subur dalam kehidupan para pelajar.

Mukhayyam bukan sekadar perkhemahan, tetapi merupakan medan pembinaan kepimpinan yang mengasah ketahanan diri, mengukuhkan ukhuwah dan melahirkan generasi pemimpin yang berakhlak mulia serta berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada barisan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan, Ustazah Norhawanis selaku PK Kokurikulum serta para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap program ini dari awal hingga akhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, AJK pelaksana dan barisan fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Mukhayyam Tingkatan 4 ini.

Ustaz : MFMN, AAD, MUML, NKKZ, MRHR, BMH
Ustazah : HH, NDA, NSM, STAR, NNR, NFJ, LAA, SST, NSMN, MAM

Sekian, terima kasih.

Farid Nazari,
Pengarah Mukhayyam Tingkatan 4
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda