SMIHJB | Daurah dan Mabit 2.0 Tingkatan 2 2026

Telah berlangsung program Daurah dan Mabit Tingkatan 2 pada 26-27 Jun 2026. Program pada kali ini bertumpu untuk mengenalpasti serangan pemikiran moden dan menanam azam untuk ikhlas berhijrah darinya.

Daurah bertajuk Ghazwul Fikr (Serangan Pemikiran) telah disampaikan secara selari oleh Dr Hazlami Fikri bin Basri bagi banin dan Cik Maryam Sofea bagi banat padi hari jumaat petang.

Selesai Solat Asar dan Ma’thurat, program diteruskan dengan sesi Riadhah petang dikendalikan oleh PRS Tingkatan 4 dan 5 yang merupakan murabbi murid Tingkatan 2. Sejurus selepas itu, murid berkhidmat diri dan bersedia untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa hari Asyura dan makan malam.

Pada sebelah malam pula, murid mengikuti sesi pengisian mabit oleh Ustaz Aiman bin Abdull Rahim bertajuk Ikhlas.

Murid telah bangun seawal jam 4.30 pagi untuk solat malam dan munajat. Program selesai setelah sesi subuh, ma’thurat dan gotong royong dan murid telah dilepaskan seawal jam 7.30 pagi.

Semoga program Daurah dan Mabit ini menjadi titik tolak ke arah pembinaan peribadi mu’min yang lebih baik dalam kalangan murid inshaAllah.

Disediakan oleh,
Penyelaras Tingkatan 2.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda