SMIHJB | Latihan Kebakaran 2.0

Latihan Kebakaran 2.0 telah dilaksanakan pada 29/06/2026 di padang sekolah dengan penyertaan warga SMI Hidayah Johor Bahru. Seramai 699 orang murid, 65 orang guru dan 9 orang anggota Bomba dan Penyelamat Kempas terlibat dalam latihan ini.

Loceng kecemasan dibunyikan pada 9.03 pagi dan semua warga SMIH JB melakukan prosedur operasi standard pengungsian bangunan dan berjaya berkumpul di tempat berkumpul dalam masa 4 minit.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kempas yang diketuai Pegawai Latihan, Encik Mohd Yazid telah menyampaikan taklimat keselamatan, pemadaman api menggunakan alat pemadam api jenis ABC dan teknik pemadaman api melibatkan kebocoran gas dari tong gas butana (gas masak). Demonstrasi dan latihan ini tamat jam 10.11 pagi.

Secara keseluruhannya, Latihan Kebakaran 2.0 telah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan ini berjaya meningkatkan tahap kesedaran, disiplin serta kesiapsiagaan warga SMIH JB dalam menghadapi kecemasan.

u. Amirul Ahmad
Ketua Unit Keselamatan
SMI Hidayah JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda