SMIHJB | MABIT DAURAH BATCH AXXIX KE-2 2026🌟🌟15-16 MEI 2026

Alhamdulillah, telah usai berlangsung Mabit Daurah kedua bagi Batch AXXIX Tingkatan 4 tahun 2026.

Bermula seawal jam 2.30 petang, murid mengikuti pengisian bertajuk “Keadaan Ummah Masa Kini” yang disampaikan oleh Us Anas, Us Muaz dan Cik Shahidatul. Kemudian, mereka beriadah bersama ahli batch melalui aktiviti explorace dan ‘Protect the King’.

Pada waktu malam pula, program diteruskan dengan solat berjemaah, bacaan ma’thurat dan tazkirah oleh wakil murid, sebelum pengisian mabit bertajuk “Berbakti Kepada Ibu Bapa” yang disampaikan oleh Us Azmen dan Us Norhayati. Seterusnya, murid memulakan hari seawal jam 5 pagi dengan aktiviti qiamullail dan solat Subuh berjemaah.

Program Mabit Daurah Ke-2 Batch AXXIX ini telah dianjurkan dengan kerjasama MT Batch dan guru penyelaras AXIXX. Terima kasih diucapkan atas sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang telah menjayakan program ini.

Guru Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 4 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda