SMIHJB | SEMARAK RAMADAN 2025

Pada hari Jumaat 21 Februari 2025 yang lalu, telah berlangsungnya program tahunan iaitu program ceramah Ihya’ Ramadhan  Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Program ini merupakan program dibawah anjuran Bidang Ilmu Wahyu SMIH JB.

Ceramah telah diadakan di Dataran SMIH bermula jam 8.30- 10.00 pagi. Kehadiran melibatkan seluruh murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 serta guru-guru SMIHJB. selepas tamat sesi ceramah Kuiz Ihya Ramadan juga telah dapat dilaksanakan.

Alhamdulillah program berjalan dengan baik dan lancar. Begitu banyak input yang diperolehi dari perkongsian ceramah Ustaz Anas Yaakub yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Syariah.

Antara objektif ceramah adalah untuk menghidupakan suasana Ramadhan dalam kalangan guru serta murid-murid. Selain dapat menerapkan akhlak islami dalam melaksanakan ibadah, juga membimbing para pendengar untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, Insya Allah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda