SMIHJB | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023

Pada 23 Oktober 2023, Bidang Ilmu Wahyu telah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul bagi semua murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 4 di peringkat Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Penceramah jemputan pada tahun ini adalah Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Yaakub.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disamping menghayati sirah perjuangan baginda. Secara tidak langsung, memberi peluang kepada para murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah dalam kehidupan.

Majlis ditutup dengan lakonan oleh beberapa murid banin berkaitan akhlak nabi yang sepatutnya dicontohi seperti Taat, Amanah, Menjaga Kebersihan, Jimat penggunaan elektrik, meminta izin dan beberapa contoh harian yang perlu dijadikan sebagai rutin.

Diharap agar murid-murid mendapat manfaat dari segala pengetahuan dan ilmu yang mereka telah perolehi dari program ini, kemudian dapat mengaplikasikannya pada masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda