SMIHJB | Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah 15 tahun peringkat Johor Bahru Tahun 2023

Pada 9 – 12 Julai 2023 lalu, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah 15 tahun peringkat Johor Bahru bertempat di Padang Awam Bakti, Mutiara Rini, Johor Bahru.

Seramai 18 orang pelajar telah dihantar bagi mewakili Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIHJB). SMIHJB telah diundi dalam kumpulan H bersama 3 sekolah lagi di sekitar Johor Bahru iaitu SMK Taman Universiti 2, SMK Taman Tun Aminah dan SMK Perling.

Alhamdulillah, SMIHJB telah mencatat satu kemenangan, dua keputusan seri dalam perlawanan kumpulan tersebut. Berikut merupakan keputusan kumpulan:

SMIHJB 1 – 0 SMK TTA
SMIHJB 0 – 0 SMK U2
SMIHJB 1 – 1 SMK Perling

Keputusan ini telah menempatkan SMIHJB di sebagai juara kumpulan dan layak ke pusingan 16 terbaik untuk menentang SMK Tasek Utara 2.

Pada perlawanan tersebut SMIHJB telah ditundukkan dengan keputusan 0-1 hasil jaringan pada separuh masa pertama. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain SMIHJB atas kerja keras yang ditunjukkan oleh mereka untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sewaktu bertanding.

Pelajar yang mewakili SMIHJB Bawah 15 Tahun:

1.Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan
2.Muhammad Syahmi Bin Omar
3.Zul Farique Bin Zul Azam
4.Muhammad Aidit Bin Mohd Fouzi
5.Afiq Fikri Bin Riza Afzal
6.Ahmad Ismat Huzaifi Bin Ayub
7.Shazrul Airell Bin Shafiee
8.Muhammad Izfan Bin Abdul Muhaimin
9.Wan Amirul Adib Bin Mohd. Nizam
10.Aariff Ajmal Bin Muhammad Tuah
11.Danish Aiman Bin Md Akib
12.Fatih Bin Mohd Faizal
13.Wan Muhammad Asyraf Bin Wan Hamezi
14.Darwisy Aminudin Bin Mohd Firdaus
15.Muhamammad Ali Zaki Bin Mohd Azam
16.Emran Eqmal Daniel Bin Mustafa Kamal
17.Muhammad Amirul Imran Bin Hassan Basri
18.Muhammad Amjad Bin Md Aris
19.Danial Akasyah Bin Sulaiman
20.Muhammad Faiz Syukri Bin Mohd Noor
21.Adib Syahmi Bin Md Rahmat
22.Syarif Hanzalah Mohd Shahrizal

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda