SMIHJB | MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN BULAN DISIPLIN (BUDI 23)

13 July 2023

Pada hari ini Rabu, 12 Julai 2023, satu lagi antara majlis penting di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) iaitu Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Disiplin (BUDI 23) telah berjaya disempurnakan di Dewan Tabuk PPH. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan rasa syukur, gembira dan meriahnya semasa sesi perhimpunan rasmi sekolah. Majlis di Dewan Tabuk ditayangkan secara langsung pada paparan skrin di Dewan Qadisiyah juga

Sambutan Bulan Disiplin tidak akan lengkap dan berjaya dijalankan tanpa sokongan Puan Pengetua SMIH iaitu Ustazah Seri Juli Emas Wati Binti Adnan yang sangat dedikasi dan tidak putus-putus memberikan sokongan kepada semua ahli jawatan kuasa program

Dalam sesi 1 jam, majlis pelancaran dimulakan dengan kata alu-aluan pengerusi majlis. Kemudian, majlis diraikan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah Menengah Islam Hidayah. Majlis diteruskan lagi dengan sesi ceramah oleh Inspektor Norsyahrul Syafsaisyatila Ismail, Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil
IPD JB Utara dan diiringi dengan perasmian oleh Inspektor Norsyahrul Syafsaisyatila Ismail dan Puan Pengetua, Puan Seri Juli Emas Wati Adnan
Di penghujung sesi, majlis ditutup dengan bacaan doa oleh murid.

Semoga program yang dijalankan sepanjang tahun ini berjalan dengan lancar dan seluruh warga hidayah mendapat manfaat daripada perjalanan program ini

Kongsikan dan Sebarkan