SMIHJB | KURSUS PENGURUSAN MENTEE 2023

Pada 26  Jun yang lalu, unit Hal Ehwal Murid  telah menganjurkan Kursus pengurusan mentee yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ibnu Battutah Sekolah Menengah Islam Hidayah .

Program ini  bermula pada jam 8.00 pagi  dan tamat jam 9.30 pagi .
Ia  dijalankan bagi memudahkan guru mentor dari tingkatan 1 hingga 5 melaksanakan aktiviti itu pada setiap minggu agar sahsiah anak-anak Sekolah Menengah Islam Hidayah lebih berkepimpinan dan holistik dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.

Tajuk kursus ini ialah “Mentoring Insan Rabbani”, bersesuaian dengan visi dan misi sekolah .
Perkongsian itu telah disampaikan oleh Dr. Adnan bin Omar ,Konsultan psikologi & Suisidologi PKPM yang juga Pegawai Sumber Manusia Pusat Pendidikan Hidayah.

Antara perkongsian kursus ini  adalah berkaitan cadangan aktiviti modul yang baik  bagi mengenali personaliti anak remaja zaman ini.Mentor boleh  mencungkil kebolehan dari pelbagai sudut  dan mendalami emosi yang boleh mengganggu prestasi pelajaran mereka.

Daripada program tersebut secara tidak langsung dapat mendidik anak mentee menjadi seorang yang berketrampilan sekali gus berjaya didunia dan akhirat.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda