SMIHJB | TAHNIAH PENDEBAT HIDAYAH KE MNSDC 2023

13 July 2023

Pada hari Sabtu 8/7/23 hingga Ahad 9/7/23, Pasukan Debat Hidayah A (SM Islam Hidayah) telah menyertai pertandingan debat peringkat kebangsaan Malaysian Nationals School Debating Championship anjuran Malaysian Institute Debate and Public Speaking (MIDP) di Universiti Taylor Kampus Lakeside Subang Jaya. Pasukan ini disertai oleh Thoreeq Zamil Najwah (tingkatan 5), Nashwa Mohd Fauzi (tingkatan 3), Raihanah Ahmad Fauzi (tingkatan 3) dan Ustazah Siti Aminah Mazlan sebagai pengiring pada pertandingan kali ini.

Sebanyak 34 pasukan daripada pelbagai sekolah seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan debat. Pasukan Hidayah A telah berjaya melepasi peringkat awal dan berjaya mendapat tempat kedua daripada 8 pasukan ke peringkat suku akhir.

Namun begitu, Pasukan Hidayah A hanya berjaya di peringkat suku akhir dan tewan berlawan dengan Methodist Boys High School Kuala Lumpur.

Syabas kami ucapkan kepada Pasukan Hidayah A dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada peserta seterusnya dalam pertandingan debat akan datang.

Kongsikan dan Sebarkan