2023 | IHTIFAL SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH KALI KE-27

Pada 24 Jun yang lalu, SMIH telah mengadakan Hari Ihtifal kali ke-27. Acara yang setiap tahun diadakan ini untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah meraih pencapaian yang cemerlang dari semua aspek termasuklah akademik, kokurikulum mahupun perkembangan sahsiah.

Tema ihtifal pada kali ini ialah “Kejayaanmu, Inspirasiku” yang memberi penekanan kepada kejayaan alumni SMIH, wajar dicontohi oleh junior-junior yang masih lagi menuntut ilmu di sini. SMIH telah melahirkan ramai ilmuan termasuklah perasmi Hari Ihtifal pada kali ini iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Zaid bin Omar yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik di UTM Skudai.

Hari yang penuh gilang-gemilang ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang di Dataran Amanah, SRIH JB. Majlis Ihtifal pada kali ini telah menobatkan Muhammad Musab Umaiyr bin Suryani sebagai Tokoh Pelajar Lelaki dan Hazirah binti Mohd Zarhamdy sebagai Tokoh Pelajar Perempuan.

Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan tilawah Al-Quran secara hafazan, persembahan nasyid daripada kumpulan Najahan dan persembahan bicara berirama oleh pelajar tingkatan 5. Majlis yang berakhir pada pukul 1.30 petang ini berjalan dengan lancar hasil usaha keras para pelaksana acara termasuklah guru-guru yang sangat komited ini diakhiri dengan bacaan doa penutup. Semoga majlis seperti ini menjadi penyuntik semangat bagi para pelajar untuk meraih kejayaan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda