SMIHJB | PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022

10 July 2023

Pada 8 Jun, seramai 135 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022  telah mengambil keputusan peperiksaan mereka di Dewan Qadisiyah, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 mencatatkan 91.18% calon lulus dalam semua matapelajaran dan sebanyak 10 subjek mencatatkan 100%  lulus dalam matapelajaran tersebut. Gred purata sekolah pada tahun ini adalah 3.08.

Seramai 13 orang calon SPM 2022 memperolehkeputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran dan terdapat seorang calon yang telah berjaya memperoleh gred A+ bagi semua subjek yang diambil iaitu 11 A+.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2022. Semoga terus melakar kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.

Kongsikan dan Sebarkan