SMIHJB | LAPORAN MALAYSIAN FUTURE LEADER SCHOOL (MFLS) SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH (SMIH) 2023

Pada 19 Jun 2023 sehingga 23 Jun 2023, 10 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah telah di hantar untuk menyertai program Malaysian Future Leader School (MFLS) yang berlangsung di kem Otternest, Gunung Pulai, Kulai, Johor. Program ini merupakan fasa 1 daripada beberapa fasa lain daripada program ini yang pelajar akan sertai sekiranya layak ke pusingan seterusnya. Program ini juga di sertai oleh 8 sekolah lain yang berbeza agama dan bangsa yang mencukupkan 90 orang pelajar secara keseluruhan.

Objektif program ialah membina kepimpinan di samping memupuk jati diri para pelajar. Pelajar juga di beri peluang untuk bekerjasma di dalam kumpulan mereka yang di bahagikan kepada 5 dan di ketuai oleh seorang jurulatih daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sepanjang program, pelajar menunjukkan keaktifan dalam berbincang, menampilkan kepimpinan serta menonjolkan kecekapan mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang berbentuk pelajaran mehupon aktiviti lasak. Antara modul yang mereka lalui ialah pemikiran kreatif dan kritis, personality diri, tali temali, jungle walking, perkhemahan, rock climbing, abseiling dan pengurusan program.

Sepanjang program pelajar SMIH telah menunjukkan contoh kepimpinan yang mantap dan mengetuai bacaan doa masuk hutan, mengetuai sorakan dan ucapan. Program di akhiri dengan majlis penutup pada hari Jumaat dan kedua – dua pelajar SMIH telah di pilih untuk mewakili ucapan peserta lelaki dan perempuan iaitu saudara Adam Darwisy Ben Faisal dan Nursyahdina Binti Ahmad.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda