SMIHJB | PROGRAM MABIT DAN DAURAH TINGKATAN 3 TAHUN 2023

20 June 2023

Pada tarikh 15 dan 16 Jun 2023 yang lalu, telah berlangsung program Mabit dan Daurah bagi murid Tingkatan 3. Seramai 87 murid banin dan 77 murid banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah kali ini antaranya untuk memupuk sifat ikhlas dan membina kefahaman Islam yang sebenar dalam diri.

Penyampai pengisian program mabit kali ini ialah Ustaz Ikrimah, guru SRIH JB dengan tajuk Ikhlas manakala pengisian daurah berasingan mengikut katibah yang disampaikan oleh Akhi Zainal, Alumni Faishal Batch 24 dan Alumni Hazirah Batch 24.

Program ini dikendalikan oleh MT Batch Qaf27 di bawah bimbingan murid PRS Ting 5 dan Guru Penyelaras Tingkatan 3 yang terdiri daripada Ust Mohd Fikri Abd Rahman, Ustzh Khadijah Salim dan Ust Nurul Liyana Baharuddin serta guru mentor Tingkatan 3.

Pada hari pertama,program dimulakan dengan sesi taklimat aturcara, solat asar berjemaah, bacaan mathurat dan riadah. Pada malamnya, diadakan pengisian daripada Ust Ikrimah dan pengumuman barisan MT Batch Qaf27 yang baru.

Pada hari keesokannya, murid qiamullail secara berjemaah, bacaan mathurat dan solat subuh. Disambung dengan aktiviti gotong royong sebelum pengisian daurah. Daurah kali ini diasingkan mengikut katibah dan diadakan aktiviti latihan dalam kumpulan sebagai praktikal kepada ilmu yang disampaikan. Sesi bergambar juga diadakan sebelum program berakhir sebagai kenangan.

Melalui program Mabit dan Daurah ini murid dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Murid juga dapat membina ukhuwwah di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama. Moga murid dapat peroleh manfaat daripada program ini untuk membina diri menjadi individu muslim yang soleh dan musleh.

Kongsikan dan Sebarkan