SMIHJB | PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER MENENGAH ATAS BAGI SESI 2023

Isnin, 13 Jun 2023 – Pelantikan pengawas pusat sumber bagi murid menengah atad telah dilaksanakan semasa perhimpunan mingguan. Seramai 17 orang murid telah dilantik menjadi pengawas pusat sumber yang terdiri daripada 3 orang banin dan 14 orang banat bagi sesi 2023.

Dikesempatan ini, Unit Pusat Sumber memperkenalkan barisan guru pusat sumber. Diketuai oleh PK Akademik, Ustazah Mashida Sakrani, Ketua Unit Pusat Sumber, Ustazah Nurul Liyana Baharuddin, 3 guru pusat sumber, Ustaz Mohamad Asyraf Hakim, Ustazah Fazureen Roslan dan Ustazah Liana Amirah Ahmad.

Dengan pelantikan pengawas pusat sumber bagi sesi 2023, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Moga dengan pelantikan ini, dapat menjadi contoh teladan yang terbaik untuk semua murid Sekolah Menengah Islam Hidayah, InsyaAllah.

Unit Pusat Sumber Ibnu Rusyd

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda