SMIHJB | PROGRAM I’DAD DUAT MUSLEH 2023

Pada 11 Jun 2023 sehingga 11 Jun 2023, telah berlangsung program I’dad Duat Musleh, yang bertempat di Lembah Arwen Resort, Hulu Langat, Selangor.

Program ini telah menggabungkan semua sekolah Musleh seluruh Malaysia yang disertai oleh lebih 120 pelajar dari 17 buah sekolah. Seramai 32 murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai program tersebut.

Program tahunan ini dianjurkan bagi memantapkan kemahiran inter-personal murid, meningkatkan kefahaman berkaitan kepentingan tarbiah, merapatkan ukhuwah islamiah serta menjana motivasi bagi membantu menjayakan program tarbiah di sekolah.

Peserta-peserta telah melalui pelbagai sesi perkongsian daripada beberapa penceramah jemputan seperti Ustaz Abdul Majid dan Ustaz Asim, dan juga melaksanakan perbincangan dalam kumpulan.

Semoga program ini membuka minda peserta dan membakar semangat mereka untuk terus bersungguh dalam menjalankan program tarbiah, dan terus mengejar kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda