SMIHJB | MAJLIS PENYERAHAN MOCK CHEQUE DARIPADA IKBAL SALAM & ASSOCIATES (IKSA ) PRIHATIN KEPADA YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH (YPH)

15 June 2023

Alhamdulillah pada 12 JUN 2023  di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru  telah berlangsung satu majlis silaturrahim penuh muhibbah antara pihak Firma Guaman Ikbal Salam & Associate  (IKSA) Prihatin & Yayasan Pendidikan Hidayah  .

Majlis ini disempurnakan Bersama Ummi Hjh Rafeah Binti Dato’ Hj Kiai Shamsuddin selaku  Penaung Ikbal Salam & Associate (IKSA) Prihatin  ditemani anak beliau Tuan Hj Mohd Fahmi Bin Salam , YDP MPK  turut serta  Puan Nor Shah Hidayah bt Ibrahim . Manakala  Tn Haji Ahmadon bin Bakri selaku  Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah bersama  Tn Haji Hassan bin Hushin selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah  serta  Tn Haji Mohd Jelani Ramli selaku Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah .

Majlis penyerahan cek berjumlah  RM45K ini bertujuan bagi menaik taraf Bilik Kokurikulum dan Makmal Bahasa bagi melancarkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah . Kami sangat berbesar hati kerana dalam majlis ini juga Ummi Hajah Rafeah telah bersetuju  menyempurnakan bacaan doa buat kami agar  semua aktiviti dan program di bawah YPH dan PPH  serta  pembangunan SMIH terus maju cemerlang dalam rahmat dan barakah Allah.

Pihak YPH dan PPH amat berharap hubungan ini terus berlangsung dengan baik dan banyak lagi kerjasama dan kolaborasi yang dapat di usahakan sebagai sebuah  pasukan dalam usaha melahirkan anak-anak muda yang dedikasi , berilmu dan berakhlak mulia serta mampu menjadi pemimpin menepati arus perdana dunia global pada masa ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada Firma Guaman  IKSA Prihatin dan Tn Hj Fahmi Salam YDP MPK atas kesudian singgah sebentar hadir dan menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan ini . Moga Allah terus mengurniakan kejayaan yang lebih cemerlang kepada Firma Guaman IKSA Perihatin dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Wassalam.

Kongsikan dan Sebarkan