SMIHJB | Temasya Sukan SMI Hidayah JB kali ke 26

Alhamdulillah, temasya sukan SMIH JB telah berjalan lancar dengan sangat meriah pada 14 Januari lepas di Stadium Olahraga Mount Austin bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Acara telah dimulakan dengan larian banat sehingga jam 9.45 pagi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan perbarisan oleh semua rumah sukan kemudian dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan bin Hushin, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Islam Hidayah JB.

Majlis terus dirancakkan lagi dengan acara larian perpaduan yang menggabungkan 4 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Pei Chun, Sekolah Menengah Foon Yew, Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas dan Sekolah Menengah Islam Hidayah sendiri. 

Seterusnya, fokus dialihkan kepada acara larian banin individu dan berganti-ganti kemudian majlis diakhiri dengan acara larian bapa, guru dan alumni. 

Keputusan keseluruhan bagi acara utama Temasya Sukan SMIH JB adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Abu Ayyub Al-Ansari (Rumah Biru)

Tempat Kedua: Salman Al-Farisi (Rumah Hijau)

Tempat Ketiga: Jaafar At-Tayyari (Rumah Kuning)

Tempat Keempat: Salahuddin Al-Ayyubi (Rumah Merah)

Perbarisan Terbaik: Salman Al-Farisi (Rumah Hijau)

Sorakan Terbaik: Jaafar At-Tayyari (Rumah Kuning)

Olahragawan: Muhammad Aqil Fahmi bin Mohamed Ali (Salman Al-Farisi)

Olahragawati: Aisya Aliyyah bt Khaidzir (Salahuddin Al-Ayyubi)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah bersungguh-sungguh mengambil tempat dalam pelbagai acara.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda