SMIHJB | Perkampungan Ilmu SPM

Pada 19 feb hingga 23 feb 2023 Sek Men Islam Hidayah telah mengadakan program Perkampungan Ilmu untuk pelajar-pelajar SPM. Program ini diadakan sebagai persediaan bagi para pelajar menghadapi SPM tidak lama lagi. 

Dalam program ini, para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab  soalan-soalan peperiksaan.  Beberapa orang penceramah luar yang terdiri dari guru-guru yang berpengalaman telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan kemahiran mereka. 

Selain daripada bengkel, aktiviti-aktiviti lain seperti latih tubi, motivasi dan program-program ruhiah juga turut diadakan.

Guru-guru telah memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda