SMIHJB | BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PSI

Pada 11 November 2022, hari Jumaat yang lalu, Panitia Pendidikan Syariah Islamiyah telah mengadakan program bengkel teknik menjawab subjek Pendidikan Syariah Islamiyah untuk semua calon SPM 2022.

Bengkel teknik menjawab ini telah dikendalikan oleh Ustazah Noredah Ibrahim, guru dari SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka. Beliau merupakan penulis kepada buku nota PSI dan buku latihan PSI yang mana para murid menggunakannya sepanjang pdpc.

Terima kasih kepada Ustazah Noredah kerana sudi menyampaikan ilmu semasa bengkel PSI ini. Tidak dilupakan juga, barisan guru-guru subjek Pendidikan Syariah Islamiyah yang banyak membantu dalam kelancaran bengkel.

Dengan penuh harapan dan doa yang tiada putus, moga usaha ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para murid dalam meraih kejayaan dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiyah. Ameen.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda