SMIHJB | DAURAH MUSLEH TINGKATAN 3

Alhamdulillah, pada 29-30 Oktober 2022 yang lepas, semua pengawas dan PRS Tingkatan 3 seramai 28 orang diiringi oleh Ustaz Baihaqi dan Ustazah Syifaa’ telah mengikuti Daurah kepimpinan MUSLEH Tingkatan 3 di PD Sanctuary Training Camp, Tanjung Agas Negeri Sembilan.

Program ini telah melibatkan sebanyak 18 buah sekolah MUSLEH seluruh Malaysia seramai 161 orang peserta. Sepanjang program berlangsung, semua peserta talah dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada ahli dari pelbagai sekolah agar peserta dapat merapatkan ukhuwwah dengan peserta dari sekolah lain.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan terutamanya dalam menyelesaikan tugasan sepanjang program dijalankan. Antara slot yang peserta lalui adalah slot perkongsian dari alumni-alumni sekolah MUSLEH berkenaan MUSLEH untuk membangkitkan rasa izzah terhadap MUSLEH dalam diri peserta. Selain itu, slot explorace dan malam kebudayaan yang telah dilaksanakan juga telah membuka ruang kepada peserta untuk menyerlahkan bakat kepimpinan dan kemahiran menyelesaikan masalah. 

Peserta dari Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang program terutamanya apabila beberapa pelajar telah terpilih untuk menjadi ketua kumpulan untuk kumpulan masing-masing.

Semoga pengalaman dari Daurah MUSLEH ini menjadi titik tolak kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang Soleh wa Musleh. 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda