Pusat Pendidikan Hidayah Berhad telah menerima lawatan seramai 9 peserta dari Yayasan Irsyadul ‘Ibad Indonesia bersempena dengan Study Banding di Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru pada 12 Oktober yang lalu. Mereka terdiri daripada Sekretaris Yayasan; Dedi Suhaedi, S.AP, Kabid. Pendidikan; Jaenuri, S. Th.I, beberapa Kepala Sekolah dan beberapa wakil gurunya.
Objektif lawatan mereka adalah untuk meningkatkan wawasan dalam program pengembangan pendidikan di Irsyadul ‘Ibad.
Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan pengalaman dan cara terbaik dalam pengurusan sekolah bagi memacu sekolah-sekolah dibawah kelolaan Yayasan Irsyadul ‘Ibad.
Pada sesi pagi, ketibaan peserta disajikan dengan persembahan Basic Self Defence (BaSeD) KRS Musleh dan juga persembahan nasyid oleh Najahan. Reaksi para peserta amat menggalakkan dengan tepukan yang gemuruh.
Kemudian, ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif(KE) Pusat Pendidikan Hidayah (PPH); Ustaz Mohd Jelani bin Ramly dan diucap balas oleh Wakil Yayasan. Lawatan diteruskan dengan pembentangan berkenaan PPH oleh Ketua Eksekutif dan disertakan sesi soal jawab.
Seusai pembentangan, peserta dibawa keseluruhan tapak dan infrastruktur Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru termasuk juga Yayasan Pendidikan Hidayah.
Moga lawatan ini mencapai objektif dengan baik dan memberikan inspirasi bagi Yayasan Irsyadul ‘Ibad dalam mengtransformasi kaedah dan teknik pengurusan.