SMIHJB | KUNJUNGAN RASMI HIDAYAH CENTRE FOUNDATION KE SMIH

Alhamdulillah . Syukur kehadrat Allah . Pada hari Rabu 26/10/22 wakil Hidayah Centre Foundation Pusat telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Sek Men Islam Hidayah Objektif kunjungan ini adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan strategik dan kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya sekolah .Semua murid ting 1-ting 4 terlibat dalam prog ini bersama guru-guru Kelab Persatuan dalam sesi aktiviti Kokurikulum mingguan sekolah .

Kunjungan ini telah diketuai oleh En. Joannes Lukas, Pengarah Jabatan Dana dan juga dibantu oleh En. Mohammad Abdul Halim Selamat dan En. Syafiq Razak.

Kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. En. Joannes telah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar mengenai peranan kita sebagai umat Islam.

Turut hadir bersama pegawai HCF Johor Ustaz Syazwan dan juga Ustaz Mirza.

Seterusnya serahan booth Let’s Discover Islam kepada Kelab Rakan Hidayah agar usaha Sampaikan Islam dan Perkasakan Mualaf dapai disemai diperingkat awal.

Terima kasih khysusnya pihak Hidayah Centre Faundation Pusat serta kepada semua yang telah menjayakan program ini

smihjbjomkesyurga

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda