SMIHJB | MUKHAYYAM GURU PEREMPUAN SMIH JB

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, program mukhayyam guru perempuan, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah berjalan dengan lancar pada 20 – 22 Oktober 2022. Program selama 3 hari 2 malam ini diadakan secara online pada hari khamis dan bersemuka pada hari jumaat hingga sabtu di Wan Family Kampong Stay, Kota Tinggi.

Program mukhayyam ini disertai seramai 49 orang peserta daripada kalangan guru SMIH, 5 orang guru SRIH serta barisan ahli jawatankuasa dan 4 orang pengasuh yang turut hadir membantu pengurusan jagaan anak-anak. Tema “Tarbiyah Diperkasa, Teguh Bersama” dipilih bagi menjayakan program mukhayyam ini serta beberapa objektif disusun seperti berikut :

1) Mengukuhkan dan mempraktikkan nilai ukhuwwah dalam kumpulan.

2) Memupuk rasa kebersamaan dalam membina tarbiyah.

3) Membina sifat taat dan thiqah kepada pemimpin.

4) Melatih supaya bersabar dan berdisiplin.

5) Beriltizam dan memantapkan akhlak islam dalam kehidupan.

Program mukhayyam dimulakan dengan majlis perasmian yang disampaikan oleh Pn. Sumilah Binti Marto dan pengisian utama oleh Dr. Kamaliah Binti Noordin secara online pada hari khamis.

Seterusnya, pada hari jumaat dimulakan dengan sesi ice breaking di SMIH dan slot misi lawatan agensi IKRAM iaitu Ikram Health, Hidayah Centre dan MyCARE. Selepas selesai misi, peserta bergerak ke campsite untuk aktiviti selanjutnya.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di sana ialah pertandingan memasak, persembahan, morning walk, kupas kelapa dan aktiviti rakit. Alhamdulillah, pemilik campsite sangat mesra dan ramah dengan peserta serta barisan AJK. Setiap aktiviti yang dijalankan akan dipantau dengan baik agar berjalan lancar.

Semoga perkhemahan ini dapat memberi manfaat yang besar dan mendidik sifat tarbiyah dalam diri setiap individu. Terima kasih kepada pengetua, barisan AJK, guru nurseri dan para peserta yang sangat hamasah. Tidak dilupakan juga kepada pemilik Wan Family Kampong Stay kerana sentiasa memberi bantuan dan sokongan untuk menjayakan program ini. Jazakumullah khier kathir.

Santapan sajak yang ditulis khas oleh puan pengarah,

Sahabat teristimewa

adalah saat menatapnya dia mengingatkan kita kepada Pencipta.

Ikhlas tutur kata, nasihat dan tegurannya menjadikan kita bahagia akur menerima

Hati sentiasa redha segala apa kurang lebih dari dirinya.

Ar-rahman , Ar-rahim Sang Khaliq, menjadikan kita saling menerima variasi karakter diri

Terima kasih ukhti sentiasa bersabar mendidik diri menjadi manusia ihsani

Dengan semangat jitu , mudah-mudahan Allah izinkan kita saling berpimpin tangan menuju syurga Firdausi.❤️

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda