SMIHJB | LAPORAN KURSUS ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) MURID SECARA DALAM TALIAN

Program ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 10 Sept 2022 ,
bermula pada jam
9.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari.
ANGKASA Negeri Johor dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMa) merupakan penganjur dalam program ini, di bawah
Program Memperkasa Koperasi Sekolah Negeri Johor 2022.
Kursus Asas Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Sekolah ini dibuat menerusi platform Zoom Meeting. Pn.Adila Hashim, Pegawai Latihan IKMa Zon Selatan menerangkan asas dalam memahami konsep kepimpinan, jati diri koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggunjawab ALK untuk mengurus koperasi dengan cekap dan berkesan.

Koperasi Sek Men Islam Hidayah telah menghantar 11 orang wakil , yang terdiri daripada seorang guru dan 11 orang murid.
Secara keseluruhannya, seramai 340 orang peserta yang terdiri daripada ALK daripada kalangan murid telah hadir ke kursus yang dilangsungkan secara dalam talian ini. Walaupun ia dilaksanakan secara maya, namun komunikasi interaktif antara penceramah dengan peserta turut dapat diutarakan sepanjang kursus ini berlangsung.

Diharapkan semoga kursus yang dianjurkan ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta dan dapat melahirkan ALK yang mahir serta berdaya saing.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda