SMIHJB | KEM IBADAH HAJI

Pada 20 September 2022, Bidang Ilmu Wahyu Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menganjurkan Kem Ibadah Haji bagi tingkatan 4 dan 5. Kem Ibadah Haji ini dianjurkan bersempena dengan Bulan Akademik SMIH. Seramai 298 orang murid banin dan banat tingkatan 4 dan 5 telah berjaya menjalani kem ini dengan ditunjuk ajar oleh 11 orang mutawwif dan 11 orang mutawwifah dari kalangan guru SMIH.

Tujuan kem ibadah ini dianjurkan ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid mengenai manasik dan maqasid yang telah dipelajari dalam silibus KSSM serta memberikan ruang dan pengalaman kepada pelajar mempraktikkan cara menunaikan haji dengan panduan guru secara berfokus.

Semoga para murid mendapat manfaat yang terbaik disebabkan pengajuran kem ibadah ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda