SMIH JB | KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD JOHOR BAHRU 2022

SMIH JB
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD JOHOR BAHRU 2022

Pada tanggal 1 hingga 4 Ogos 2022 yang lalu iaitu pada hari Isnin sehingga Khamis bermula dari jam 7:30 pagi sehingga jam 6:30 petang, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru 2022 di Stadium Olahraga Mount Austin. Pasukan Olahraga SMIH telah meneruskan perjuangan dengan menghantar seramai 36 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan mengikut kategori masing-masing, lelaki dan perempuan 14, 15 dan 18 tahun bersama 4 orang guru iaitu Encik Mohamad Amin Bin Ahmad (Jurulatih / Physiotherapist), Encik Adam Luthfie Bin Abdul Razak (Jurulatih / Psychotherapist), Encik Mohamad Ubadah Bin Mohamad Lokman (Ceprom) dan Cik Hilsha Binti Hashim (Pengurus Pasukan).

Sebanyak 54 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Alhamdulillah SMIH telah mendapat kemenangan dalam beberapa acara di peringkat akhir setelah beraksi bermati-matian tanpa menyerah kalah dan meletakkan SMIH di tangga ke 19 keseluruhan kejohanan itu. SMIH telah berjaya memperolehi 2 pingat Emas (Muhammad Aqil Fahmi Bin Mohamed Ali), 1 pingat Gangsa (Afiq Fikri Bin Riza Afzal) dan 1 pingat tempat ke-4 (`Affan Bin Mohd Nasir).

Berikut Laporan Keputusan Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru AKHIR :

Kategori L14
Afiq Fikri Bin Riza Afzal (Lempar Cakera – Gangsa)
Sofi Akmal Bin Mohammad Nizam (100 m – Tempat Ke-4)
Afiq Fikri Bin Riza Afzal (Rejam Lembing – Tempat Ke-7)

Kategori L15
Muhammad Aqil Fahmi Bin Mohamed Ali (Lompat Jauh – Emas)
Muhammad Aqil Fahmi Bin Mohamed Ali (400 m – Emas)
Affan Bin Mohd Nasir (3000 m – Tempat Ke-4)

Muhammad Aqil Fahmi Bin Mohamed Ali (200 m - Tempat Ke-6)

Ahmad Muizz Bin Mahadzir (3000 m – Tempat Ke-8)

Syarif Hidayatullah Bin Mohd Shahrizal (Lompat Kijang – Tempat Ke-8)

Affan Bin Mohd Nasir (1500 m – Tempat Ke-12)

Kategori L18
Fakhrul Razi Bin Kamal (400 m Lari Berpagar – Tempat Ke-4)
Fakhrul Razi Bin Kamal (400 m – Tempat Ke-8)
Iman Hakimi Bin Zaidi (100 m – Tempat Ke-8)

Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang terlibat dalam Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru 2022. Semoga kejayaan ini memberikan sinar untuk SMIH melakar sejarah ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam arena olahraga. Luaskan kuasamu SMIH.

HILSHA BINTI HASHIM
PENGURUS PASUKAN SMIH
MSSDJB OLAHRAGA

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda