HIC | Bengkel 3D bersama En Ghazali Omar

13/8/2022, Sabtu – Alhamdulillah seramai 16 orang murid Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengikuti Bengkel Asas 3D pada 13 Ogos 2022 yang lepas.

Jurulatih yang dijemput iaitu En Ghazali Omar yang kini berkerja di Wau Animation (syarikat produksi yang menghasilkan animasi Ejen Ali) sebagai 3D Generalist dan Concept Artist dan juga selaku alumni SMIHJB batch 11.

Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Inovasi Hidayah sebagai pendedahan kepada para murid dalam menghasilkan objek berbentuk 3D dan juga sebagai latihan kepada pasukan 3D Tour D’ Hidayah dalam menghasilkan permainan video tersendiri satu hari nanti.

Pelbagai ilmu yang telah ditimba oleh murid daripada pengenalan asas penggunaan perisian Blender sehingga dapat menghasilkan pelbagai rekabentuk dalaman dan watak 3D.

Semoga dengan usaha ini dapat membentuk satu budaya baharu Pusat Pendidikan Hidayah ke arah sekolah yang berinovasi.

Nantikan pelbagai lagi aktiviti dan bengkel yang bakal dianjurkan oleh Pusat Inovasi Hidayah.
In sha Allah.

#hic

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda