SMIHJB | IHTIFAL TAKRIM HUFFAZ DAN KECEMERLANGAN MURID KALI KE 26

Pada tanggal 5 Ogos 2022,telah berlangsung Majlis Ihtifal Takrim Huffaz dan Kecemerlangan Murid kali ke 26.
Tema yang dibawakan pada tahun ini ialah Generasi Rabbani Memimpin Masyarakat Sejahtera telah dipilih selaras dengan matlamat sekolah
untuk melahirkan generasi- generasi yang mampu memimpin,berdakwah sekaligus melahirkan masyarakat sejahtera.Majlis ini telah berlansung di Dewan MPC Bandar Baru Uda,Johor Bahru dari jam 8.30 pg hingga 12.30 tengah hari.
Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Ustaz Samista bin Othman, Penolong PEgawai Pendidikan Daerah Johor Bahru (Unit Pendidikan Islam ) wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Majlis ihtifal pada kali ini bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan murid- murid SPM 2021,tetapi turut mengiktiraf seramai 12 orang pelajar Tahfiz yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-quran sepanjang tahun 2021.

Semoga dengan pengiktirafan ini,dapat menyuntik semangat anak- anak SMIH yang lain untuk terus gigih berusaha mencapai kecemerlangan baik dari segi kokurikulum dan kurikulum.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda