PPH | KUNJUNGAN PEGAWAI PPD JB KE PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH 

Sekolah Islam Hidayah berbesar hati kerana telah menerima kunjungan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Baharu (PPD JB) iaitu Haji Mohd Kamal bin Ahmad Untong pada hari Selasa bersamaan 26 Julai 2022 yang lepas.

Turut hadir bersama beliau ialah Penolong PPD Bahagian Hal Ehwal Murid, En Sharudin bin Zainal Abidin dan Pegawai Unit Pendidikan Swasta PPD JB Cik Apiedah binti Misran. 

Dalam pertemuan tersebut, Tuan PPD mengucapkan tahniah atas pencapaian Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah selama ini. 

Beliau turut berpesan agar Sekolah Islam Hidayah terus menjaga kepercayaan dan pengiktirafan yang telah diberikan oleh ibu bapa dan masyarakat selama ini. 

Selain itu, beliau berpesan agar pihak sekolah meneruskan usaha memberi penekanan dalam penguasaan bacaan al-Quran yang baik sehingga murid-murid boleh khatam dengan sempurnanya.

Beliau juga menggalakkan  pihak sekolah berkongsi faktor-faktor kejayaan yang telah dicapai dengan sekolah-sekolah lain dan sebaliknya agar dapat memanfaatkannya bersama. 

Pihak sekolah juga diminta mengingatkan guru-guru agar bekerja dengan merujuk falsafah, visi dan misi sekolah yang telah dihayati oleh semua warga sekolah dan ibu bapa. 

Pesanan lain yang penting daripada beliau ialah guru-guru dan seluruh kakitangan sekolah mestilah mempunyai semangat bukan sahaja sebagai ‘PEKERJA’ tetapi mesti mempunyai semangat sebagai ‘PEJUANG’ untuk memastikan pembinaan murid-murid yang seimbang dalam aspek dunia dan akhirat. 

Pihak Sekolah Islam Hidayah mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini dan berbesar hari untuk terus menjalin hubungan yang erat demi kecemerlangan pendidikan anak-anak di daerah Johor Baharu.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda