SRIHJB | INDUKSI KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2022

Pada hari Rabu, 29 Jun 2022, Unit Kepimpinan Kelas dan Kemasukan, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah berjaya menganjurkan kursus induksi kepada para ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi 2022.

  Program ini telah melibatkan 78 orang murid yang terdiri daripada 40 orang murid tahap satu dan 38 orang murid tahap dua. Mereka merupakan ketua kelas dan penolong ketua kelas yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah digariskan. 

  Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan tentang tugas dan tanggungjawab sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada para peserta dengan menyerahkan kad Watikah Pelantikan. 

Penyampai kursus ini ialah Ustaz Furqan bin Mohd Rahim bagi tahap dua dan Ustazah Norasiken binti Salikon bagi tahap satu. Selain itu, Penolong Kanan HEM, Ustazah Zaleha binti Daud telah menyampaikan amanat dan menyerahkan Watikah Pelantikan kepada para peserta kursus. 

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta kursus kerana telah berjaya mengikuti Kursus Induksi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
MASULAH BINTI ABD RAHMAN
S/U Unit Kepimpinan Kelas dan Kemasukan.

LAMPIRAN GAMBAR

Ketua Kelas Tahun 1
Penolong Kelas Tahun 1
Ketua Kelas Tahun 2
Penolong Kelas Tahun 2
Ketua Kelas Tahun 3
Penolong Kelas Tahun 3
Ketua Kelas Tahun 4
Penolong Ketua Kelas Tahun 4
Ketua Kelas Tahun 5
Penolong Kelas Tahun 5
Ketua Kelas Tahun 6
Penolong Ketua Kelas Tahun 6

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda