SMIHJB | MUKHAYYAM DAN MOTIVASI TING 5(BATCH CHROMIUM)

Sek Men Islam Hidayah

Perkhemahan ini telah dirancang rapi khususnya untuk melonjakkan motivasi dan mengeratkan ukhuwwah di kalangan pelajar tingkatan 5. Program-program yang dijalankan adalah dikendalikan oleh Pusat Latihan Akademik Azzam yang diketuai oleh Ust Nik Azzam Nik Wajis. Sepanjang 3 hari di Kuantan, pelbagai aktiviti bersifat “team building” telah dijalankan untuk sama-sama mencapai objektif yang telah dirangka secara kolektif.

Butiran perkhemahan adalah seperti di bawah :

Tarikh/hari : 2 Jun(khamis) hingga 5 jun (Ahad) 2022
Tempat : Kem Akademik Azzam, Pantai Sepat, Kuantan, Pahang
Bilangan peserta : 122/137 org
Bilangan guru pengiring : 10 org

Guru Pengiring: Ust Seri Juli Emas Wati, Ust Mashida, Ust Shamtidar,Ust Ahmad Taufiq, Ust Zahriah, Ust Rosmawati, Ust Dalilati, Ust Fazureen, Ust Mus’ab dan Ust Rafiqi

Perkhemahan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa. Walaupun begitu ada beberapa pelajar yang tidak dapat mengikut perkhemahan di saat-saat akhir kerana kurang sihat. Bagi pelajar yang tidak dapat hadir akan mengikuti perkhemahan tingkatan 4 yang akan diadakan pada 23 Jun 2022.

Semoga melalui perkhemahan ini, pelajar tingkatan 5 akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan diri dari segi sahsiah dan seterusnya akademik. Ini merupakan perkhemahan terakhir sebelum meninggalkan alam persekolahan dan diharap ia akan meninggalkan kenangan berharga dalam mendepani kehidupan di luar sana.

Terima kasih kepada ibu bapa dan para penyumbang atas sokongan bagi menjayakan perkhemahan ini.

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA UNTUK BATCH CHROMIUM.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda