SMIHJB | Laporan Mabit dan Daurah Tingkatan 1

Alhamdulillah pada 19 dan 20 Mei 2022 yang lalu telah berlangsung Mabit dan Daurah Ting 1 dengan kehadiran sebanyak 89% iaitu 80 pelajar banin dan 68 pelajar banat. Pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan antaranya ice-breaking, ceramah, Latihan Dalam Kumpulan(LDK), Qiamulail, Daurah dan Riadah. Mabit ini dikendalikan oleh pelajar PRS Ting 3 di bawah bimbingan Guru Penyelaras iaitu Ust Kamarul Kalam, Ust Mus’ab, Ust Siti Aminah, Ust Syifa Mohd Hatta dan Ust Norliyana (Daurah).

Objektif mabit dan daurah ini antaranya untuk menerapkan perasaan ukhuwah, disiplin dan tanggungjawab bagi pelajar tingkatan 1. Selain itu program ini diharapkan dapat melatih pelajar melazimi amalan seperti puasa sunat, solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang, membaca surah Al Mulk sebelum tidur dan Surah Al Kahfi pada hari Jumaat.

Keseluruhannya, Mabit dan Daurah Ting 1 ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, pelajar dan guru-guru yang menjayakan program ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda