Alhamdulillah pada hari Ahad bersamaan 19 Jun 2022, seramai 20 orang murid telah menduduki ujian dalam Kangaroo Math Competition dan mereka semua terdiri dari murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pertandingan ini telah dilaksanakan secara “offline” bertempat di Maktabah Ibnu Rusyd Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru. Pertandingan ini memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan dan mengasah bakat mereka dalam subjek matematik. Semoga mereka berjaya di dalam pertandingan ini.