SMIHJB | Laporan Mabit dan Daurah Tingkatan 2 2021

Alhamdulilah, pada tarikh 19 sehingga 20 Mei 2022,  Unit  Pembangunan Sahsiah Murid  (PSM) melalui Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 2 yang terdiri daripada  Ustaz  Kamarul KalamZulkifli, Ustaz Rapii Salam, Ustazah Rosmawat Ahmad, Ustazah Nurul Liyana Baharuddin dan Ustazah Norsamsidar Miskan  telah berjaya mengadakan program Mabit dan Daurah pelajar tingkatan 2 2022 secara bersemuka. Ini merupakan program pertama yang diadakan secara bersemuka dan pelajar telah dibenarkan bermalam di sekolah.  Objektif Mabit dan Daurah kali ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar  tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan dan persediaan meniti usia baligh. Program Mabit dimulakan dengan pelajar berpuasa sunat hari Khamis dan beriftar bersama-sama rakan sebaya.   Pengisian Mabit diteruskan dengan penyampaian oleh saudara Abdullah Radhie Azmen  alumni batch AVG  bertajuk Ilmu pedoman hidup, manakala penyampai untuk banat pula saudari Safiyah Salim. Penyampaian yang santai tetapi sampai  sangat mendapat sambutan yang positif daripada pelajar banin dan banat tingkatan 2. Selesai sahaja pengisian mabit, pelajar  tidur di tempat yang telah ditetapkan dengan pantauan guru-guru  dan mereka telah bersedia untuk  melakukan qiamulail secara berjemaah. Sebagai kesinambungan program mabit ini,  program daurah mengambil slot pada hari jumaat  bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Sebelum itu, para pelajar telah bersama-sama secara berasingan pelajar banin dan banat membaca wirid Al-Mathurat sebelum melakukan aktiviti riadah bersama-sama kakak dan abang-abang fasilitator tingkatan 4. Daurah telah disampaikan oleh Ustaz Salleh , guru Sekolah Rendah Islam Hidayah bertajuk Meniti Usia Baligh . Corak penyampaian yang tenang dan santai ibarat seorang ayah berbicara bersama-sama anak-anak telah membuatkan pelajar terus memberikan tumpuan ditambah lagi dengan  paparan  slaid -slaid yang menarik dan tayangan  video berkaitan dengan tajuk. Semoga penganjuran mabit dan daurah ini memberi manfaat kepada anak-anak tingkatan 2 sebagai santapan rohani untuk menjadikan jati diri yang ampuh menghadapi cabaran mendatang.

 Sekian, Jazakallah  Khair

Kumpulan  Penyelaras Tarbiyah T2

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda