SRIHJB | PROGRAM J MURABBI ON THE WHEEL

Assalamualaikum wbth.

Program J Murabbi On The Wheel telah dijalankan pada hari Ahad bersamaan 29 Mei 2022 di Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru bawah anjuran J Murabbi Teaching Methodology dengan kerjasama bersama pihak Pembangunan Mahasiswa Yayasan Pelajaran Johor ( YPJ ). Seramai 26 orang murid tahun 5 telah menjadi peserta dalam program ini.

Untuk makluman, program ini melaksanakan 3 modul yang akan membantu para pelajar dalam pelbagai aspek luar daripada pembelajaran di dalam kelas. Modul ini dinamakan ABC ( Adab, Berusaha & Cemerlang ). Antara objektif program ini ialah mengeratkan hubungan pihak J Murabbi Teaching Methodology dengan pihak sekolah, memupuk nilai murni terhadap murid yang terlibat dan meningkatkan daya pemikiran serta kemahiran komunikasi murid sekolah rendah.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Khairul Hafiz bin Mohamad @ Mazlan
Timbalan Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor bersama 3 orang pegawai YPJ, Asst. Prof. Dr. Rozailin binti Abdul Rahman selaku Penasihat J Murabbi Teaching Methodology bersama 6 orang fasilitator dalam kalangan pelajar UIA.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menambah nilai yang baik dalam kalangan murid yang terlibat dan meningkatkan kerjasama pihak sekolah dengan agensi luar.

Sekian, terima kasih

Jawatankuasa Pengurusan SRIHJB
1 Jun 2022

LAMPIRAN GAMBAR

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda