SRIHJB | MAJLIS ILMU GURU SRIH

Alhamdulillah program Majlis Ilmu Guru SRIH telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu 21 Mei 2022 di Dewan Tabuk, Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru.

Program yang bermula pada 8:45 pagi dan berakhir pada 12:30 tengah hari ini dikendalikan secara interaktif oleh tiga penceramah daripada IKRAM Health Johor.

Majlis Ilmu bertajuk Jom Sihat..Guru Hidayah Berprestasi! menampilkan Dr Marwan Hadiid Nazaruddin yang membicarakan tentang budaya, tradisi,testimoni dan “evidence-based medicine”, Dr Maryam Amaran mengupas tentang kepentingan dan kesan kesihatan mental terhadap kehidupan seharian manakala slot terakhir dikendalikan oleh Dr Mohamad Raimi Raden membincangkan persoalan adakah kita berada di landasan yang betul dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan penglibatan para peserta yang bertanya soalan dan memberikan pendapat.

Semoga pengisian Majlis Ilmu kali ini memberi banyak manfaat dalam membantu guru- guru di sekolah ini menjalani kehidupan yg sejahtera seterusnya meningkatkan prestasi mereka sebagai pendidik.

Disediakan oleh,
WAN RUDZINA WAN MANSOR
Pengurus Tarbiah Guru SRIH
22 MEI 2022

LAMPIRAN GAMBAR

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda