SRIHJB | SHARE & LISTEN SESSION (TAKLIMAT DISIPLIN)

Isnin & Selasa, 9-10 Mei 2022 – Disiplin sangat penting dalam memastikan murid-murid boleh belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Kealpaan dan kelekaan anak dalam mematuhi peraturan sekolah akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain.

Program Share & Listen Session ini telah diadakan dengan objektif untuk memberi peringatan dan makluman tentang peraturan sekolah yang mereka perlu patuhi. Taklimat sekolah telah dijalankan secara kelompok kecil.

Murid-murid juga dijelaskan tentang prosedur melaporkan kes-kes buli atau kesalahan yang berlaku kepada guru-guru.

Pihak sekolah berharap dengan taklimat ini dapat memberi sedikit makluman dan kesedaran dengan peraturan sekolah.

Taklimat dikendalikan oleh Ketua Unit, Ustaz Fadzil dan SU Unit, Ustazah Siti Norkiah.

Program dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru.

Unit Disiplin
12/5/2022

[ LAMPIRAN GAMBAR]

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda