Pemberian pek makanan Iftar untuk guru-guru sempena Program Ihya’ Ramadan Guru dan Staf PPH Johor Bahru telah berlangsung pada hari ini Ahad 22 Ramadan bermula jam 2:00 petang di Kopsrih.
Sesi pengisian online bermula pada jam 5:00 petang dengan ucapan aluan daripada pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PPH diikuti dengan tazkirah bertajuk 10 Hari Terakhir Ramadan:Peranan Keluarga disampaikan oleh Ust Abdul Rahim Sahlan.
Serentak itu juga bermulanya agihan bingkisan Syawal untuk golongan asnaf di kawasan sekitar sekolah Hidayah oleh kumpulan halaqah guru-guru dan staf.Pek barangan adalah sumbangan daripada YPH manakala sumbangan wang tunai daripada kutipan infaq guru-guru ,staf serta pihak IKRAM.
Semoga warga pendidik SRIH terus mengimarahkan Ramadan yang berbaki dengan amal-amal kebajikan disamping melipatgandakan ibadah memburu lailatul qadar.
Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru SRIH
24 APRIL 2022 / 22 RAMADAN 1443H
LAMPIRAN GAMBAR
IHYA’ RAMADAN GURU SRIH