SRIHJB | PROGRAM GOTONG-ROYONG PIBG

Bersempena dengan pembukaan sekolah sesi baharu 2022/2023, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru ( SRIHJB ) telah mengadakan Program Gotong-Royong Khas bertarikh pada hari Sabtu bersamaan 19 Mac 2022 anjuran bersama pihak PIBG SRIH JB.

Program ini bertujuan sebagai persediaan menyambut kehadiran murid- murid ke sekolah semula selepas berakhirnya sesi persekolahan 2021/2022 pada Februari yang lepas. Gotong-royong ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara warga SRIH JB.

Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 8:30 pagi dengan dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan staf-staf sekolah. Mereka telah menyumbangkan tenaga dan masa dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

Aktiviti membersihkan, menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah, kelas-kelas dan bilik-bilik khas telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Alhamdulillah, kini kawasan sekolah tampak lebih bersih dan ceria sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG SRIH JB yang telah menaja sarapan dan makan tengah hari semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.

Semoga kerjasama erat antara pihak guru dengan pihak ibu bapa ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Unit Kelestarian 2022
20/03/2022

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda