SRIHJB | PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI & MELUKIS SEMPENA HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA (HBIA)

Assalamualaikum wbth.

Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah buat Ainul Zahirah binti Azizul Rahman dari kelas 6 Abu Bakar As-Siddiq yang mendapat tempat KEDUA & Muhammad Hakim Zuhairi bin Mohd Ariffanan dari kelas 6 Abu Bakar As-Siddiq yang mendapat tempat KETUJUH dalam pertandingan menulis esei.

Manakala pertandingan melukis pula, pihak sekolah juga merakamkan ucapan tahniah buat Muhammad Wazif Amzar bin Mohd Arfizi dari kelas 4 Uthman Affan yang telah mendapat tempat KEENAM dan Nur Ulfa Munira binti Mohd Rosdi dari kelas 3 At-Tirmizi telah merangkul tempat KETUJUH.

Untuk makluman, pertandingan ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG bersama-sama dengan empat NGO penganjur utama iaitu Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Jaringan Orang Asal SeMalaysia serta Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bersama dengan NGO-NGO lain.

Sehubungan itu, penyampaian sijil penghargaan dan hadiah khas tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SRIH, Ustazah Rohaida binti Ridzuan, pada hari Rabu, 30 Mac 2022.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemenang.

Panitia BM & Panitia Seni dan Sejarah
1 April 2022

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda