SRIHJB | Hari Pertama Persekolahan

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 21 Mac 2022, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru meriah dengan kehadiran anak-anak murid Tahun 1, 2 6 dan Kumpulan A Tahun 3, 4 dan 5.

Bermula hari ini, murid Tahun 1 mengikuti Program Transisi sehingga 31 Mac 2022 dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sebagai pengenalan kepada alam persekolahan baharu di SRIHJB.

Manakala bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 telah mengikuti aktiviti yang diselaraskan seperti Bulatan Gembira bersama Mentor, Chairobik, Sayangi Alam Sekitar, Taklimat SOP, dan Taklimat Disiplin Ana Soleh Ana Musleh.

Semoga murid SRIHJB dapat membuka tirai baru persekolahan sesi 2022/2023 ini dengan bersemangat dan azam baru dalam pelajaran dan sahsiah diri.

Galeri Gambar

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda