SMIH | MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH KALI KE-25

Pada minggu akhir persekolahan, Majlis Ihtifal SMIH Kali Ke-25 telah diadakan secara bersemuka, bertempat di Dewan Tabuk Sekolah Islam Hidayah. Kehadiran pelajar ke sekolah secara penggiliran telah memperuntukkan 3 kali Ihtifal pada tahun ini. Pada hari Isnin (21 Februari 2022), ihtifal banat tingkatan 1 hingga 3 diadakan manakala hari Rabu (23 Februari 2022) ihtifal banin tingkatan 1 hingga 3 pula dijalankan seterusnya hari Khamis (24 Februari 2022), ihtifal bagi pelajar tingkatan 4 pula dilaksanakan.

Previous slide
Next slide

Bertemakan “25 Tahun Teguh Beraspirasi, Mendepani Cabaran Mengekalkan Kecemerlangan”, ihtifal kali ini meraikan kecemerlangan pelajar tingkatan 1 hingga 4 sepanjang persekolahan mereka sesi 2021.Sekalung tahniah diucapkan buat para penerima anugerah, juga kepada semua pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah atas usaha mengekalkan prestasi cemerlang dan gemilang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda