Laporan Kem Tahfiz Level 3 | Februari 2022

Subhanallah Alhamdulillah Allah Akbar

Pada permulaan cuti (25-27 Februari) yang lalu telah berlangsungnya Kem Tahfiz Level 3 (pilihan) secara online di rumah masing-masing dan mendapat sambutan sekitar 100 orang murid.

 

Untuk menzahirkan kesyukuran atas kegigihan murid-murid dalam menghafaz, dikongsikan juga berita gembira pada kem tahfiz kali ini iaitu seramai 4 orang murid  telah menghabiskan 30 juz hafazan mereka. 

 

Tidak dilupakan juga seramai 6 orang murid telah menyelesaikan hafazan 30 juz mereka sebelum kem tahfiz ini berlangsung.

 

Berikut adalah senarai 10 murid tersebut:

 

1. Muhammad Hakimi Husaini (4 Abqari)

2. Zaqwan Azhar Masjuddin (4 Abqari)

3. Akmal Hafizah Ahmad Hishar (3 Intisor)

4. Firzana Hanisa Abd Halim (3 Intisor)

5. Mutmainnah Mardhiyyah Rohaizak (3 Intisor)

6. Nurul Najihah Anuar (4 Ittihad)

7. Muhammad Fikri Hakim Zulkifli (3 Intisor)

8. Amani Balqis Arman (3 Intisor)

9. Ahna Safiy Ahmad ‘Athif (3 Intisor)

10. Nur Alya Adrianna Azam (3 Intisor)

 

Sama-sama kita doakan semoga murid-murid ini diberi kekuatan untuk menjaga ayat-ayat yang telah dihafaz, dan hidup mulia dengan mengamalkan kandungan al-Quran.

 

InsyaAllah ada lagi beberapa murid yang akan menyusul dalam waktu terdekat, semoga menjadi inspirasi buat murid-murid yang lain.

 

Selain itu, dikongsikan juga senarai murid yang mendapat anugerah dalam kem tahfiz baru-baru ini. Baarakallahufiikum..

 

Jzaakumullahukhairan diucapkan kepada semua guru-guru, fasi dan murid yang melapangkan masa menjayakan kem tahfiz ini.

Sesi perkongsian oleh Ustaz Nor Aizat bin Norazman menyedarkan peserta berkaitan mengapa perlunya menghafaz al-Quran serta perkongsian pengalaman beliau disiplin dalam menjaga al-Quran seperti berani menyertai pertandingan hafazan dengan tujuan memantapkan ulangan hafazan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda