Laporan Mabit dan Daurah Tingkatan 1 2021

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,  pada tarikh 10 sehingga 11 Februari 2022,  Unit  Pembangunan Sahsiah Murid  (PSM) melalui Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 1 yang diketuai oleh  Ustaz Adam Luthfie, Ustazah Rosmawati Ahmad, Ustazah Nurul Liyana Baharuddin  dan Ustazah Norsamsidar  Miskan , Alhamdulilah telah berjaya mengadakan program Mabit dan Daurah pelajar tingkatan 1 2021 secara dalam talian.  Ini ialah program Mabit dan Daurah terakhir pelajar tingkatan 1 sebelum mereka melangkah ke tingkatan 2.  Objektif Mabit dan Daurah kali ini untuk mendidik pelajar agar dapat menjaga tutur kata dengan sopan, menjaga aurat dengan sebaiknya.  Manakala objektif daurah pula untuk mendedahkan kepentingan hidayah dalam kehidupan seharian kita.  Pengisian Mabit bermula selepas solat Isyak dengan penyampaian oleh Ustaz Amirul Akmal Habibollah untuk banin dengan tajuk menjaga tutur kata dan mata , manakala Ustazah Nurul Ain Zahidah Norhaizan untuk banat yang bertajuk aurat dan tabaruj.  Pelajar banin dan banat yang hadir secara dalam talian  telah memberikan perhatian terhadap isi yang disampaikan.   Seterusnya pada hari Jumaat pula, program Daurah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Sebelum itu, para pelajar telah bersama-sama secara berasingan pelajar banin dan banat membaca Mathurat secara dalam talian. Penyampaian yang sangat bersemangat oleh saudara Amin Syukri Zulkifly , alumni batch ke-17  bertajuk  Bagaimana aku mendapat Hidayah,  telah menarik minat pelajar-pelajar banat dan banin untuk turut sama berinterkasi bersama-sama penceramah. Pengisian yang padat dengan slaid -slaid yang menarik  membuatkan pelajar tekun mendengar pengisian walaupun kadang-kadang  terkeluar daripada Google Meet akibat kekangan Internet. Semoga penganjuran mabit dan daurah ini memberi manfaat kepada anak-anak tingkatan 1 sebagai santapan rohani untuk bekalan menghadapi cabaran yang mendatang. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh

Team Guru Penyelaras Tarbiah T1

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda