SRIHBP | JOHAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN

1 Februari 2022, adik Harraz Haziq tahun 2 FQ telah mewakili negeri Johor ke pertandingan Silat Olahraga peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Silat Cekak Harimau Malaysia di Temerloh, Pahang.

Adik Harraz masuk kategori Usia Dini A Putra (22kg-24kg)Alhamdulillah, setelah melalui beberapa perlawanan, adik Harraz berjaya mengekalkan prestasi sehingga berjaya ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir, adik Harraz berjaya menewaskan lawannya lalu mendapat gelaran Johan bagi kategori yang dimasukinya.

Tahniah diucapkan kepada adik Harraz diatas kejayaan cemerlang ini.

Tahniah juga diucapkan kepada ibubapa yang mendorong.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda