SMIHJB| “Mukhayam Atas Talian Tingkatan 2″‘

Be different,my Hero’, merupakan tema bagi program mukhayam tersebut. Program ini telah berlangsung pada hari Khamis 26/8/21 yang lalu melibatkan seluruh ahli batch Tingkatan 2.

Seramai 107 orang peserta syabab dan fatayat beserta 6 orang pegawai KRSM SMIH terlibat bersama-sama di dalam program ini yang berakhir pada 28/8/2021 (Sabtu)

Program mukhayam ini menggunakan medium Google Meet dan Discord bagi aktiviti berkumpulan. Terdapat 5 slot yang disediakan sepanjang program mukhayam ini antaranya slot ‘ Ice Breaking’, sesi pengisian ( Peranan Remaja Muslim) , Latihan dalam kumpulan (LDK), pembentangan dan Kemahiran Asas KRS.

Program ini dirasmikan oleh Komandan KRSM Pn Seri Juli Emas Wati bt Adnan merangkap Pengetua SMIHJB.

Semua peserta berjaya mengikuti program mukhayam ini dengan baik dan cemerlang. Semoga peserta beroleh manfaat dan dapat menggunakan ilmu yang diperoleh dengan baik dan seterusnya beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ameen

– LM Norzahriah bt Mukibah

-Pegawai KRSM SMIH

#berilmuberamalmemimpin

#jomkesyurga

#smihjb

#lindung_diri_lindung_semua

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda